Friday 29 April 2011

Sedikit Rasa Hati........

Entah apa yang aku fikirkan...Terasa hadir ruang kekosongan pada cerita hidup ku...Ku tatap hidup ini...Semampu yang ku sedar diantara faham ku seakan tiada berarah...Terkadang ku mengerti ceritanya namun ku hilang lagi...Salah aku untuk memilik takdir yang ku mahu????? Atau mungkin menurut hati mereka aku lebih sempurna begitu???? Aku sedar mereka lebih dahulu "makan garam" bukti memilik juta intipati rasa hidup....Aku faham aku terbelakang...tapi sama lagi untuk aku yang mencari takdir diri???? Hari esok aku pemiliknya...Aku mahu apa yang aku mahu...Bukan apa mahu mereka...tiada yang aku rasakan melepas yakin mencari yang terbaik untuk diri...Ku panjat syukur pada yang maha Agung Tuhan ku pada seri nikmat yang di kembalikan padaku..Untuk ruang yang indah sukarnya ini, berikan aku kekuatan memilik takdir diri kerana esok milik ku...Ku mahukan untuk aku...bukan apa yg mereka mahukan....Berikan apa yang seharusnya aku yang "berkata"....

Janji Liang Hari Esok............ ( I Hate This One)

Untuk junjung pada janji nilai agung manusia pada katanya...Saat di lunas teramat yakin sudahkah di hati pada akhir ceritanya???? Atau mungkin kerana janji esok taruhan bongkak melepas pada kenyataan...Hulurkan kata untuk aku...Sedar batas ini, tapi yakinlah aku jauh lebih dari mampu seandai aku membutakan mata pada hakikat sahih kemanusiaan....

Monday 11 April 2011

Semalam Yang Panjang....

Bersua lagi papan kekunci dan jari ini mengisi kekosongan pagi di bumi Sintok...Sedari tadi ku berfikir semalam ku yang panjang...Tidak terdetik walau sezarah ada kurangnya untuk ku sesali...Ikhlas hati mengaku aku tewas pada jalur riang kehidupan...Sedar ku lupa ada indah dunia hanya pada mata dan jiwa kosong kemanusian...Namun ku miliki hari esok yang entah bilanya akan tiada lagi nafas untuk aku menjadi sesuatu...Untuk yang tersisa ini ku mahukan sesuatu untuk diri...Untuk ku berterima kasih pada kehidupan...Titik terhormat untuk mereka yang pernah menjadi watak kedewasaan ku ...Walau mungkin esok kisah ku menjanjikan ketidakpastian...namun aku miliki semalam yang panjang...semalam yang alun iramanya bukan milik jiwa ku...Teramat pasti esok akan ku layari untuk MENGEJAR LANGIT dan ABADI MIMPI ku...

Sunday 10 April 2011

Sesuatu Untuk Aku...

Nk mulakan ayat pun susah...bukan tiada tapi dunia semacam malap diantara hakikat dan penipuan...Kadang nampak semua 'terbaik' walhal terkadang terselit kebusukan dunia..Sedar sebenarnya pernah tercerita "Dunia kelas terluas untuk manusia"..namun untuk aku hari ini semua terasa tiada arahnya....Tiada jujurnya...Alunan cerita cerita setiap hariku menambah ragu untuk ku yakin mereka bercerita kebenaran untuk ku... Aku takut sebenarnya andai semua ini mengajarku untuk berterima kasih pada kegagalan...Yang pasti bukan itu mahuku....Sehingga nota ini pun aku tidak yakin untuk adanya esok yang terbaik...Aalau mungkin aku memilih hari ini...Aku sayangkan cerita cerita hari esok ku...Hari yang aku mahukan sinar terbaik untuk aku sebagai manusia...Diatas nota ini ku sisipkan Nama Nama mereka...

Saturday 9 April 2011

Untuk Mereka Yg Aku Kasihi.............

Aku tahu andai sekali ini aku masih d sini, pasti hening pagi di bumi Sintok akan menemani angan ku menerawang jauh mencari riuh kampung halaman...Kiranya ingin hati aku turutkan sememamngnya mahuku untuk menjejak kaki di tanah yang namaku tidak asing...Saat ku menerima bisikan-bisikan rindu orang yang mendewasakn ku, yang mendidik ku untuk menjadi aku...Berat lidah untuk kata ku terluah...sungguh hati melukiskan permintaan untuk kepulanganku namun di sini ada sesuatu yang memintaku bebahasa dalam bahasa kebisuan...Ya Allah...menangis hati, terlalu sebak aku meneruskan kata, menyampaikn pada mereka sepertinya aku tiada derita untuk pagi yang INDAH itu berada disini...Di Bumi Sintok ini, ku mohon pada Mu Ya Allah Lindungi Mereka... :(

Mengejar Mimpi... :)

Dalam 4 bulan aku duk SABAH rasanya agak janggal untuk aku katakan tiada memilik apa apa impian...Ngeri la sesungguh masa senior last sem kata "jadilah penganggur terbaik"..Tapi apa yang aku rasa lain jadinya...4 bulan tu agak mendewasakan minda...ikutkan hati aku sudah mampu untuk menapak alam memiliki kerjaya sendiri...Pada sesetengah orang mungkin berkejar ke pejabat daerah untuk mencari ruang menjadi sub-kontraktor adalah kerja sia-sia tatkala manusia lain turut sama menapak kaki untuk tujuan yang sama...Namun rezeki adalah cerita takdir untuk ku...Alhamdullillah dipermudahkan...Namun bukan itu yang aku mahu...Aku mahu di sini...Menjadikan impian cerita takdir untukku...Aku mahu terus memegang pena, mencambah idea...Itu apa yang ku mahu...Itu impian ku...Impian yang lahirnya diceritakan oleh orang tersayang ku...Ini pintanya dan ini la impian ku...Memiliki Restunya dan Mimpiku...Ku kejar semua ini..untuk segala-galanya....

Assalamualaikum..............

Lengang sejenak minda ku berfikir yang aku telah jauh meninggalkan sesuatu...sepertinya tiada noktah pernah aku sedar untuk sesuatu yang aku mulakan sehingga aku yg ada hari ini...Aku sendiri tidak tahu apa perasaan ini...yang kadang-kadang membuatku terasa ada yg aku kehilangan...dan seketika lagi jari ku terhenti...aku mencari apa hakikat tersembunyi di dalam minda, hati atau di mana2 pun yang mungkinnya aku terlepas pandang sepanjang mengenali diri...tekedip jugak la mata...tersenyum jugak aku...aku terasa "teramat" pasti ada sesuatu...kedinginan pagi di lembah sintok ni mungkin sedar aku merngkai sesuatu....kadang2 terasa amat laju dan kemudiannya menjadi terlalu perlahan....arghhhhhhhhhhhhhh.........sedari td aku cuba dengan nota ni mencari arahnya sesuatu yang mungkin kerisauanku atau ke"blur"an ku....atau apa pun jenisnya...tapi keadaan yang mmg teramat tidak boleh diterima untuk pagi seperti ini.....nk mula sesuatu mst xbest dgn "ketidakmenentuan" akal dan fikiran...(rest time for my mind n finger)...***********
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...